Jadikan Kon Gula-Gula Daripada Kertas.

Ringkas tapi menarik.

Ringkas tapi menarik.

 

Ada majlis hari jadi atau ulangtahun yang ingin dibuat nanti, bolehlah jadikan buah tangan untuk tetamu secantik ini. Dari kon kertas diisi dengan gula-gula atau cenderamata kecil sebagai tanda terima kasih. Mudah dibuat dengan kos yang rendah lagi murah. Apa yang anda perlukan hanyalah kertas yang cantik untuk dibentuk kon, label seperti ucapan terima kasih, hiasan pada penutup kon dan gam.

Proses penghasilannya sangat mudah, ikuti langkah-langkah tersebut:-

1. Bentukkan kon dari sehelai kertas, lekatkan bahagian tepi itu dengan gam. Besar kon mengikut saiz benda yang ingin anda isikan.

Buatkan kon seperti ini.

Buatkan kon seperti ini.

 

2. Tebuk lubang pada bucu atas kon dan pada mulut kon untuk tujuan ikat benang setelah bahan dimasukkan ke dalam kon. Sekiranya tiada penebuk boleh tampal dengan gam saja.

Tebuk lubang untuk tujuan menutup mulut kon tersebut.

Tebuk lubang untuk tujuan menutup mulut kon tersebut.

 

3. Hiasi kon tersebut mengikut kreativiti dan tema majlis anda, sertakan sekali label sebagai tanda ucapan terima kasih.

Selepas tutup hiaslah mengikut kreativiti.

Selepas tutup hiaslah mengikut kreativiti.

 

Aktiviti menghasilkan kon ini boleh menjadi sesuatu yang menarik minat anak anda untuk turut serta menyumbang tenaga. Memberi sesuatu yang cantik untuk majlis harijadi anak anda pasti akan menjadi memori terindah buatnya, kasih sayang pasti bertambah.

 

Olahan sumber: Style Me Pretty.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge